Telah diceritakan
bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar
menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis
pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih,
sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu
agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis,
berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima
belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan
khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang
haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan
berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu
membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang
orang-orang lain semuanya tidur.
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa
banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak
adil.
2. Orang kaya yang
sombong.
3. Pedagang yang
khianat.
4. Orang
pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang
memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak
yatim.
8. Orang yang selalu
lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan
memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu
berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara
perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu
adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati
jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis
bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi
musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar